Skip to main content

Tinta Guru Besar

Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh and Salam Sejahtera.

Sukacitanya, saya mengalu-alukan kehadiran semua pelajar, ibu bapa, dan pengunjung ke laman digital Sekolah Rendah Seri Cemerlang (SRSC).

Sebagai Guru Besar, saya amat berbesar hati dapat menerajui sekolah akademik swasta PERTAMA di Melaka yang bakal memberi takrifan baharu kepada dunia pendidikan rendah. Dalam memperkasa kurikulum yang berakar umbi daripada kerangka KSSR kebangsaan, jiwa para pelajar kami dipasak pada "Semangat Penerokaan" (Spirit of Discovery). Di SRSC, kami percaya bahawa semua kanak-kanak dilahirkan dengan minda yang secara semula jadi suka bertanya dan keinginan untuk meneroka serta membina; peranan kami di SRSC adalah untuk menyediakan infrastruktur serta bimbingan bagi menyokong sifat ingin tahu tersebut kepada kemahiran dan kecekapan yang relevan untuk masa hadapan.

Di SRSC, elemen "berteraskan TVET" bukanlah sekadar rhetorik; ia merupakan realiti harian di dalam bilik-bilik darjah kami. Kami mengorak langkah melangkaui persoalan asas "apa" dan "mengapa" untuk menerokai aspek "bagaimana" - sama ada untuk memahami mekanikal mesin yang ringkas mahupun logik di sebalik asas robotik, di SRSC, sesi pembelajaran berasaskan pengalaman sebenar diterapkan melalui:

  •  Penglibatan Aktif: Menggalakkan pelajar mengaplikasi koordinasi tangan dan minda secara serentak.
  • Komuniti yang Ampuh: Persekitaran yang memupuk potensi menyeluruh di mana setiap kanak-kanak digalakkan untuk belajar mengambil risiko dan berinovasi.
  • Kemahiran Bersepadu: Menggabungkan literasi dan numerasi dengan pemikiran teknikal serta penyelesaian masalah secara kreatif dan inovatif.

Barisan pendidik kami yang berdedikasi juga bukan sekadar tenaga pengajar; mereka adalah mentor dan fasilitator. Kami komited untuk melahirkan individu "Cemerlang" yang bukan sahaja mahir dalam akademik, malah memiliki keperibadian, daya juang, dan kemahiran praktikal yang mendepani cabaran masa hadapan.

Di SRSC, kami memperkenalkan kecekapan teknikal pada peringkat awal, kami membekalkan persediaan awal (head start) kepada pelajar kami — melengkapkan mereka dengan keyakinan untuk mengemudi masa hadapan yang dipacu teknologi dengan mudah dan tangkas.

Pendidikan di SRSC adalah sebuah perjalanan secara bersama antara sekolah, pelajar, dan ibu bapa. Saya yakin dengan sokongan dan kerjasama erat semua pihak, masa yang diluangkan para pelajar di SRSC akan lebih bermakna melalui pengalaman pembelajaran yang dicorakkan dengan ‘AHA Moments’ – keriangan dalam setiap penemuan baharu dan pencapaian yang bermakna.

Saya amat mengalu-alukan anda semua untuk hadir melawat sekolah kami, berdialog dengan guru-guru kami, dan melihat sendiri bagaimana kami membentuk pemimpin masa hadapan melalui pemerkasaan pendidikan teknikal dan praktikal.

Menginspirasi Kuriositi, Membentuk Keperibadian

-

GURU BESAR
SEKOLAH RENDAH SERI CEMERLANG (SRSC)

Hubungi Kami

Emel Kami :

Alamat e-mel ini dilindungi daripada bot spam. Anda perlu mengaktifkan JavaScript untuk melihatnya.

Ikuti Kami

Alamat

Sekolah Rendah Seri Cemerlang
Lot 16658 Jalan TU 45,
Taman Tasik Utama,
75450 Melaka.

Hakcipta 2026 Sekolah Rendah Seri Cemerlang. Hakcipta terpelihara.