Penubuhan Sekolah Seri Cemerlang sebagai sebuah Sekolah Rendah Swasta akademik di Melaka, khususnya di daerah Melaka Tengah oleh UTeM Holdings Education Sdn. Bhd. (UHESB) merupakan satu inisiatif strategik yang berimpak tinggi.
Sekolah ini merupakan Sekolah Rendah Swasta akademik pertama di Melaka yang mengintegrasikan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dengan kurikulum Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).
Pendekatan ini memberi penekanan kepada pembangunan kemahiran nilai tambah yang berteraskan kompetensi teknikal dan teknologi, selaras dengan keperluan ekonomi global masa hadapan serta meningkatkan daya saing generasi akan datang.
VISI
Pendidikan berinovatif yang meneroka potensi dan menyerlah kompetensi pemimpin lestari masa hadapan
MISI
Menyokong ekosistem pembelajaran dan pengajaran yang holistik, interaktif, kritis dan inovatif.
Menyediakan ruang dan fasiliti pembelajaran yang tercanggih serta kondusif bagi melonjakkan potensi dan kompetensi pelajar.
Memupuk dan membentuk potensi/bakat pelajar seiring dengan tuntutan ekonomi dunia masa hadapan.
Menyediakan pembelajaran secara pengalaman (experiential) bagi membina karakter dan keterampilan pemimpin lestari masa hadapan.
Membentuk sahsiah pelajar dengan nilai-nilai murni dalam melahirkan insan yang cemerlang, berkemahiran tinggi, bertanggungjawab dan berintegriti.
Hubungi Kami
Emel Kami :
Alamat e-mel ini dilindungi daripada bot spam. Anda perlu mengaktifkan JavaScript untuk melihatnya.
Ikuti Kami
Alamat
Sekolah Rendah Seri Cemerlang Lot 16658 Jalan TU 45, Taman Tasik Utama, 75450 Melaka.