Skip to main content

Kemasukan

DAFTAR BERSAMA KAMI

Permohonan kemasukan bagi sesi akademik 2027 kini dibuka di SRSC. Kami menjemput anda untuk mengenali program-program yang ditawarkan, bertemu dengan para pendidik kami, dan mengetahui keistimewaan yang menjadikan SRSC pilihan terbaik untuk perjalanan pendidikan anak anda.

Kami amat berbesar hati untuk mengalu-alukan kedatangan anda ke SRSC. Kami berharap dapat memperkenalkan anda dan keluarga kepada persekitaran pembelajaran yang kondusif, guru-guru yang berdedikasi, serta komuniti sekolah yang dinamik. Pasukan kemasukan kami sentiasa bersedia membantu dan memastikan kunjungan anda ke SRSC menjadi pengalaman yang bermakna dan menyenangkan.

Pendaftaran

Daftar sekarang dengan mengisi borang pendaftaran secara dalam talian.
Lengkapkan maklumat anak dan ibu bapa/penjaga untuk memulakan proses kemasukan.

Semakan & Pengesahan

Pasukan kami akan menghubungi anda untuk pengesahan dan penerangan lanjut.
Kami akan berkongsi maklumat berkaitan program, yuran, kemasukan dan proses seterusnya.

Surat Tawaran & Pembayaran

Terima surat tawaran dan sahkan tempat anak anda.
Setelah menerima surat tawaran, lakukan pembayaran yang diperlukan bagi mengesahkan penerimaan tawaran.

Hari Kemasukan

Setelah pendaftaran disahkan, anak anda akan secara rasmi menyertai kami pada Hari Kemasukan untuk memulakan perjalanan pembelajaran baharu yang penuh bermakna dan mengujakan.

Langkah 1

Langkah 2

Langkah 3

Langkah 4

  • Img Programme 1
  • Img Programme 2
  • Img Programme 3
  • Img Programme 4
  • Img Programme 5
  • Img Programme 6

Senarai Semak Permohonan

Senarai semak bagi melengkapkan proses permohonan:

  • 4 keping gambar berukuran pasport: anak
  • 1 salinan sijil kelahiran & MyKad / pasport anak
  • 1 keping gambar pasport bagi setiap ibu bapa
  • 1 salinan pasport & visa kedua-dua ibu bapa (bagi bukan warganegara Malaysia)
  • 1 salinan rekod sekolah / laporan akademik terkini
  • Laporan perubatan / rekod vaksinasi
  • Bukti penjagaan sah (jika berkenaan)

Klik di Sini


Baca lagi …Kemasukan

  • Hits: 631

Kurikulum KSSR

KSSR - Kurikulum Standard Sekolah Rendah

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) ialah kurikulum kebangsaan Malaysia yang menumpukan kepada pembangunan murid secara menyeluruh melalui keseimbangan aspek intelek, emosi, rohani dan jasmani, serta dinilai menerusi Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).

Enam Tunjang Utama

Kerangka Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dibangunkan berasaskan enam tunjang utama yang mengintegrasikan kemahiran berfikir secara kritis, kreativiti dan inovasi dalam pembelajaran:

  • Komunikasi

    Fokus kepada penguasaan kemahiran berbahasa (lisan dan bukan lisan) seperti membaca, menulis, mendengar, dan bertutur dalam pelbagai bahasa

  • Kerohanian, Sikap dan Nilai

    Penekanan kepada pembentukan nilai murni, moral, kepercayaan kepada agama, dan pembinaan sahsiah serta jati diri yang kukuh.

  • Kemanusiaan

    Melibatkan pemahaman dan kesedaran tentang masyarakat, alam sekitar, sejarah, dan nilai global

  • Perkembangan Fizikal dan Estetika

    Menggalakkan kesihatan fizikal, kecergasan, dan memupuk daya kreativiti, apresiasi seni serta bakat

  • Sains dan Teknologi

    Membina pemikiran logik, analitikal, serta penguasaan kemahiran saintifik dan teknologi.

  • Keterampilan Diri

    Membina keyakinan diri, kepimpinan, komunikasi interpersonal, dan sahsiah melalui aktiviti kurikulum dan kokurikulum


Baca lagi …Kurikulum KSSR

  • Hits: 49

Mengenai Kami

MENGENAI KAMI

Di Mana Kecemerlangan Akademik Bertemu Inovasi

Penubuhan Sekolah Seri Cemerlang sebagai sebuah Sekolah Rendah Swasta akademik di Melaka, khususnya di daerah Melaka Tengah oleh UTeM Holdings Education Sdn. Bhd. (UHESB) merupakan satu inisiatif strategik yang berimpak tinggi.

Sekolah ini merupakan Sekolah Rendah Swasta akademik pertama di Melaka yang mengintegrasikan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dengan kurikulum Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Pendekatan ini memberi penekanan kepada pembangunan kemahiran nilai tambah yang berteraskan kompetensi teknikal dan teknologi, selaras dengan keperluan ekonomi global masa hadapan serta meningkatkan daya saing generasi akan datang.

VISI

Pendidikan berinovatif yang meneroka potensi dan menyerlah kompetensi pemimpin lestari masa hadapan

MISI

  • Menyokong ekosistem pembelajaran dan pengajaran yang holistik, interaktif, kritis dan inovatif.
  • Menyediakan ruang dan fasiliti pembelajaran yang tercanggih serta kondusif bagi melonjakkan potensi dan kompetensi pelajar.
  • Memupuk dan membentuk potensi/bakat pelajar seiring dengan tuntutan ekonomi dunia masa hadapan.
  • Menyediakan pembelajaran secara pengalaman (experiential) bagi membina karakter dan keterampilan pemimpin lestari masa hadapan.
  • Membentuk sahsiah pelajar dengan nilai-nilai murni dalam melahirkan insan yang cemerlang, berkemahiran tinggi, bertanggungjawab dan berintegriti.
  • Img Programme 1
  • Img Programme 2
  • Img Programme 3
  • Img Programme 5
  • Img Programme 6


Baca lagi …Mengenai Kami

  • Hits: 110

Alu-Aluan Ketua Pegawai Eksekutif

Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh and Salam Sejahtera.

Dengan penuh rasa kesyukuran, saya memperkenalkan portal rasmi Sekolah Rendah Seri Cemerlang (SRSC). Platform ini bukan sekadar wadah informasi, malah merupakan manifestasi komitmen jitu kami dalam membentuk generasi masa hadapan yang berwibawa dan kompetitif.

Saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah di atas manifestasi SRSC sebagai sekolah rendah akademik swasta pertama di Melaka yang menerajui niche kurikulum KSSR berteraskan TVET. SRSC bukan sekadar penubuhan sebuah sekolah; ia adalah kelahiran satu inisiatif pendidikan transformatif. Melalui pengenalan elemen Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) ke dalam Kurikulum Kebangsaan Sekolah Rendah (KSSR), kita sedang merintis penanda aras kecemerlangan baharu di Melaka.

SRSC merupakan kebanggaan UTeM Holdings. Visi kami adalah jelas: untuk meningkatkan kecemerlangan TVET dan memupuk minat serta potensi teknikal dalam kalangan minda pelajar sejak seawal perjalanan akademik mereka. Kami yakin bahawa asas sebuah negara berpendapatan tinggi yang dipacu teknologi harus bermula di dalam bilik darjah. Di SRSC, kami bukan sekadar mendidik; kami mahu menginspirasikan para pelajar untuk menjadi pencipta, inovator, dan penyelesai masalah.

Menuju masa depan yang dinamik, kelestarian Malaysia terletak pada kemampuan dalam merapatkan jurang antara teori dan aplikasi praktikal. Pelajar di SRSC ini adalah pemimpin masa depan yang akan mengemudi lanskap ekonomi yang kompleks. Di SRSC, kami memastikan potensi mereka yang belum diteroka dapat direalisasikan melalui persekitaran pembelajaran amali (hands-on), kemudahan serba canggih, dan kurikulum bersepadu yang dirangka khusus untuk melonjak intelek serta kemahiran teknikal mereka.

Matlamat utama SRSC adalah untuk melahirkan generasi pemimpin "Berdaya TVET" yang dinamik. Pelajar kami adalah lebih daripada sekadar murid; mereka adalah perintis muda yang sedang dibentuk. Pendidikan di SRSC melangkaui buku teks bagi memastikan kemahiran praktikal yang membina keyakinan dan rasa ingin tahu dipupuk dengan optimum.

Dalam menerajui kecemerlangan pendidikan ini bersama-sama, saya memberikan janji ini: Sekolah Seri Cemerlang akan menjadi wadah di mana kecemerlangan dipupuk dan ditempa. Kami komited dalam memperkasakan pendidikan yang teguh dan merintis jalan bagi memastikan anak-anak anda berdiri cemerlang hari ini dan mapan dalam memimpin hari esok!

Kepada para perintis SRSC—pelajar, pendidik, dan ibu bapa—marilah kita membina masa depan CEMERLANG ini bersama-sama!

Ke Arah Kecemerlangan dalam Pendidikan Dipacu TVET

PROFESOR MADYA TS. MOHD RAHIMI BIN YUSOFF

KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF
UTeM HOLDINGS SDN. BHD.

Baca lagi …Alu-Aluan Ketua Pegawai Eksekutif

  • Hits: 54

Pengurus Besar

Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh and Salam Sejahtera.

Bagi pihak barisan pengurusan, saya dengan sukacitanya mengalu-alukan kedatangan anda ke laman web rasmi Sekolah Seri Cemerlang (SRSC).

Di kala dunia pendidikan sedang berkembang pesat, SRSC berdiri di barisan hadapan dalam mendepani perubahan ini dengan menjadi sekolah rendah swasta pertama di Melaka yang menyatukan elemen berteraskan TVET ke dalam silibus KSSR.

Misi kami adalah untuk melangkah merentas bilik darjah tradisional. Kami komited dalam menyediakan infrastruktur dan sistem sokongan yang diperlukan demi memastikan minda para pelajar ini berkembang dengan cemerlang dan luarbiasa. Di SRSC, kami memastikan bahawa:

  • Silibus KSSR disampaikan dengan pendekatan kreatif dan berorientasikan praktikal.
  • Sifat Ingin Tahu Teknikal dipupuk melalui kemudahan terbaik serta alatan pembelajaran yang terkini.
  • Pertumbuhan Holistik diutamakan, mengimbangi kecemerlangan akademik dengan pembentukan kemahiran insaniah (soft skills) serta kecekapan teknikal.

Kami memahami bahawa pemilihan sekolah merupakan salah satu keputusan paling penting bagi setiap ibu bapa. Oleh itu, kami memastikan komitmen tertinggi terhadap kecemerlangan operasi—bermula daripada kepakaran para pendidik kami sehinggalah kepada aspek keselamatan keseluruhan sekolah. Pasukan kami berusaha dengan penuh tekad dan dedikasi bagi membentuk budaya "Cemerlang", di mana setiap pelajar merasa diberi peluang untuk meneroka, belajar daripada kesilapan, dan meraikan bakat unik mereka.

Di SRSC, kami mahu menjadi sahabat anda dalam perjalanan pendidikan anak anda. Dengan memupuk persekitaran "Belajar Melalui Perbuatan" (Learning by Doing), kami bukan sekadar menyediakan pelajar untuk menghadapi peperiksaan, malah kami mempersiapkan mereka untuk menempuh realiti kehidupan sebenar.

Saya mengalu-alukan anda untuk menerokai laman web kami bagi mengetahui lebih lanjut mengenai kurikulum unik, kemudahan, serta pelbagai program yang kami tawarkan. Kami amat berbesar hati untuk menyambut kedatangan keluarga anda ke dalam komuniti kami, dan berharap dapat bekerjasama dalam melahirkan generasi pemimpin masa hadapan yang diperkasakan dengan elemen TVET.

Bersama-sama, ayuh kita merintis jalan ke arah masa hadapan yang lebih cerah dan inovatif.

Ammar Azham bin Mohamed

Pengurus Besar
UTeM Holdings Education Sdn Bhd (UHESB)

Baca lagi …Pengurus Besar

  • Hits: 43

Lagi Artikel …

Hubungi Kami

Emel Kami :

Alamat e-mel ini dilindungi daripada bot spam. Anda perlu mengaktifkan JavaScript untuk melihatnya.

Ikuti Kami

Alamat

Sekolah Rendah Seri Cemerlang
Lot 16658 Jalan TU 45,
Taman Tasik Utama,
75450 Melaka.

Hakcipta 2026 Sekolah Rendah Seri Cemerlang. Hakcipta terpelihara.